Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

BILANGAN GURU DAN STAFF MENGIKUT GRED 2010

GURU DGA 41 - 7 orang (6 Lelaki/1 Perempuan)
GURU DGA 34 - 1 orang (Lelaki)
DGA 32 - 7 orang (Lelaki)
DGA 29 - 5 orang (Lelaki)
BILANGAN GURU : 20 ORANG

N17 PENYELIA ASRAMA - 1 orang (Lelaki)
N17 PPM (Pembantu Pengurusan Murid) - 5 orang ( 2 Lelaki/3 Perempuan)
N17 PAR (Pembantu Am Rendah) - 1 orang
N11 PAP (Pembantu Am Pejabat) - 1 orang
BILANGAN STAFF : 8 ORANG

Wednesday, December 23, 2009

VISI, MISI, WAWASAN DAN PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Mewujudkan sekolah penyayang, seterusnya melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran 3M dan menjadi contoh dikalangan sekolah-sekolah murid orang asli Daerah Kuala Kangsar

MISI SEKOLAH

Semua warga sekolah bekerja dalam satu pasukan dengan penuh komitmen, jujur dan bertanggungjawab bagi :

1. Melahirkan pelajar yang boleh menguasai kemahiran 3M setelah tamat tahun 6.
2. Meyakinkan pelajar berasa selamat dan seronok belajar di sekolah.
3. Melahirkan pelajar yang cerdas dengan melibatkan mereka dalam bidang sukan yang diminati.
4. Menjadikan budaya kerja berkualiti dan cemerlang dikalangan warganya, sebagai suatu amalan berterusan.

WAWASAN SEKOLAH

Ke arah melahirkan pelajar-pelajar masyarakat orang asli yang berpengetahuan serta merealisasikan wawasan pendidikan melalui usaha-usaha berterusan :

Memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan pendidikan bagi mencapai matlamat 3M.

Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar supaya menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berhemah tinggi.

Merapatkan jurang perbezaan prestasi antara pelajar-pelajar masyarakat orang asli dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

PIAGAM PELANGGAN

Mencurahkan khidmat bakti kepada setiap anak didik bagi melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Mengekalkan suasana harmonis di antara sekolah dengan anak didik, ibu bapa dan masyarakat.

Mematuhi segala peraturan sekolah, Jabatan Pendidikan Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia dan negara di samping mengekalkan adat dan budaya bangsa.

Menerima dan menimbang teguran serta kritikan yang membina dengan hati yang terbuka.

Berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan diri demi meningkatkan imej Sekolah Kebangsaan Pos Legap.

LATARBELAKANG SK POS LEGAP

SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN

Sekolah ini dibuka pada tahun 1974 oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada tahun 1989 seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) En. Zulkifli B. Yeop telah dihantar bertugas sebagai guru di sekolah ini di bawah pentadbiran SK.Chenein.

Pada tahun 1993 sekolah ini dengan rasminya telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak. Pada tanggal 1 Januari 1993 seorang guru yang berkelayakan maktab telah dihantar sebagai guru terlatih di samping memangku tugas Guru Besar. Beliau ialah En. Abdul Kadir B. Hj. Hassan. Secara rasminya sekolah ini telah dimashurkan dengan nama Sekolah Kebangsaan Pos Legap. Pada 1 April 1993 En. Abdul Kadir dengan rasminya telah dilantik menjawat jawatan Guru Besar pertama sekolah ini. Pada sesi persekolahan 1994/95 seramai 7 orang guru terlatih telah dihantar bertugas di sekolah ini dengan diketuai oleh seorang Guru Besar. Sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 300,000.00 untuk pembinaan dua blok bangunan batu yang baru. Bangunan ini telah siap pada Ogos 1995 dan diserahkan kepada pihak sekolah pada Oktober 1995.

Pada sesi 1996 seramai 120 orang penghuni asrama tinggal di asrama dibawah seliaan dua orang warden yang dilantik di kalangan guru. Pada Jun 1996 asrama ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan. Pada sesi ini juga kakitangan sekolah telah ditambah kepada dua orang iaitu berjawatan jaga dan Pembantu Rendah Am.

Pada Julai 1997 En. Abdul Kadir telah bertukar, tempatnya telah digantikan oleh En. Isa Anshori B. Hj. Ismail yang telah melaporkan diri pada September 1997.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu projek bernilai hampir RM 3 juta untuk membina beberapa bangunan tambahan termasuk 2 blok satu tingkat asrama, 1 blok dewan makan, 3 blok pentadbiran dan bilik darjah dan 2 blok rumah guru termasuk kemudahan lain seperti sebuah rumah pam dan sebuah janakuasa berkuasa diesel.

Mulai tahun 1.1.2003 SK. Pos Legap telah digredkan di bawah Gred A Luar Bandar. Pada tahun 2007 bangunan lama di blok pentadbiran dinaiktaraf menjadi bangunan Prasekolah.